
dari last week lagi nak citer pasal BERSIH ni.. tp tak sempat nak mengarang.. so pagi ni ada sket masa boleh la kita kupas sket tajuk ni yer.. ok.. actually am tak baper suka borak ttg politik ni.. tp bila timbul isu BERSIH ni am rasa terpanggil pulak untuk meluahkan apa yg am rasa...
ok.. now meh kita tgk dulu apa itu BERSIH sebenarnya.. so ni apa yg am dpt dari laman sesawang tersebut:
Siapakah BERSIH?
Pengenalan
BERSIH bermula dengan penubuhan sebuah Jawatankuasa Bertindak Bersama bagi reformasi sistem pilihanraya pada Julai 2005. Objektif gabungan yang ditubuhkan ialah untuk mendesak sebuah reformasi dalam proses pilihanraya di Malaysia.
Formulasi Kenyataan Bersama
Kenyataan Bersama dikeluarkan ekoran ‘Bengkel Reformasi Pilihanraya’ yang diadakan di Kuala Lumpur pada September 2006. Kenyataan Bersama menyatakan objektif-objektif jangka panjang dan tuntutan-tuntutan segera (jangka pendek) sebagai matlamat gabungan ini.
Jawatankuasa Induk BERSIH
Jawatankuasa terdiri daripada ahli-ahli dari parti politik dan wakil-wakil dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu: Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Development Collective (WDC) and Writers Alliance for Media Independence (WAMI).
Pelancaran BERSIH
BERSIH dilancarkan secara rasminya pada 23 November 2006 di Parlimen Malaysia. Ia dihadiri oleh pemimpin-pemimpin parti politik, kumpulan masyarakat dan NGO, termasuk Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Publisiti Pusat dan Ahli Parlimen Seputeh, TereseKok; Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa; Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub; Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan; Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud; Pengarah Eksekutif WDC, Maria Chin Abdullah dan Pengarah Eksekutif SUARAM, Yap Swee Seng.
ok.. next! dah kenal siapa disebalik BERSIH ni? ni plak dari sumber e-mail... mereka2 di sebalik BERSIH ni,.. check it out:
Dibawah ini adalah senarai Jawatankuasa Penganjur Bersih 2.0 seperti yang dinyatakan Ambiga Sreevenasanksahkh. Ambiga juga adalah orang kuat disebalik penubuhan IFC yang akan memberi sokongan moral dan sebagainya kepada sesiapa yang ingin murtad dinegara ini.
1- Ambiga Sree (Pengerusi)
2- Mat Sabu (Timbalan)
3- Andrew Khoo
4- K Arumugam
5- Dr Farouk Musa
6- Harris Ibrahim
7- Liau Kok Fah
8- Maria Chin Abdullah
9- Richard Y W Yeoh
10- Dr Toh Kin Woon,
11- Dr Wong Chin Huat
10- Datuk Yeo Yang Poh
12- Zaid Kamaruddin
13- Dr Subramaniam Pillay
14- Arul Prakkas
Ok! now cuba tgk list AJK Bersih ni.. baper kerat org Melayu?????? 4 orang jer kan! tp yg terpekik terlolong sibuk dok kempen utk turun berdemo berhimpun semua ni majoriti org Melayu.. so! faham tak korang apa yg sebenarnya sedang berlaku wahai saudara2 ku sekelian... ianya tak lain tak bukan bertujuan untuk memecahbelahkan org Melayu sendiri.. tolong la saudara2.. tolong la sedar.. bumi milik kita sedikit demi sedikit akan terhakis dengan sikap kita yang leka ini.. kenapa mesti nak berhimpun utk menyatakan ketidakpuasan..tgk apa yg dah berlaku...sampai ada yg meninggal dunia...kalau org kafir yg mati adakah kita nak cakap mati syahid jugak..kita ada saluran yang betul utk meluahkan ketidakpuasan kita.. jika dikata SPR tidak telus.. bagaimana pulak beberapa negeri skrg diperintah oleh parti pembangkang.. cuba la anda fikir dengan fikiran yang waras..
ok.. satu lagi pandangan am ttg barisan penyokong kerajaan pulak.. kenapa mesti nak turut serta berhimpun utk menentang BERSIH?? kenapa? tiada kesan yang baik pun bertindak begitu.. bagi am kenapa nak ikut rentak negatif semua tuh???? perpecahan makin ketara dikalangan orang Melayu sekarang.. tolong la sedar!!!!!!!!!!!!

nah tgk la akibatnya...kecederaan,kematian,kesakitan yg kita dapat...yang pasti disebalik semua ni ada agenda pihak tertentu yang tersendiri...
p/s : sorry yer...kali ni entry banyak sal hal negara...politik lebih... rasenya cam x leh ambil sikap no komen... sahabat kena ambil tahu gak pandangan am..hihihihihi ^_^ peace no war...
sumber : dr blog yg am suka baca...^_^